SinopsisRatna, Ayu and Atillia merupakan kawan rapat, namun berbeza perwatakan. Ayu, seorang gadis lemah lembut sedang dilamun cinta dengan seorang pemuda kampung, Mohsin. Mereka telah terlanjur hingga Ayu hamil. Ratna pula mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur, namun ibunya tidak mengizinkan Ratna ke bandar. Hati Ratna terluka. Ratna tetap dengan keputusannya yang lalu meninggalkan mereka yang disayangi. Ayu yang sangat memerlukan Ratna ketika itu, berang apabila Ratna tidak memperdulikan rujukannya. Ayu berjanji akan menyusul kemudian.
7 tahun berlalu. Ratna kini telah berjaya mencapai cita-citanya sebagai Ahli Patologi. Namun ada sesuati yang menghantui hidupnya. Ratna tidak pernah tenteram sejak 7 tahun lalu. Bayangan seorang perempuan seusiannya dan seorang anak perempuan lingkungan umur 7 tahun sering mengganggunya. Teman mencadangkan Ratna pergi bercuti menenengka fikiran. Ratna bersetuju lalu meng hubungi adiknya Atillia yang tidak pernah ditemuinya sejak beliau berhijrah ke bandar. Mereka mengambil keputusan untuk bermalam di rumah usang peninggalan datuk nenek mereka - 'Tebing Biru' yang terletak di tepi pantai.
Di situlah pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku. Ratna semakin dihantui oleh perempuan misteri tersebut. Walau dimana sahaja dia berada pasti ada perempuan berambut panjang itu yang seolah-olah tidak berpuashati dengannya. Suasana rumah uang besar dan usang serta jauh daripada orang ramai tambah menakutkan. Pada suatu malam. Ratna mengetahui yang perempuan tersebut adalah Ayu, kawannya yang telah lama terpisah. Keesokkannya apabila terjaga, Ayu telah tiada disisi Ratna. Adakah Ratna bermimpi?
Atillia pula dikunjungi oleh seorang kanak-kanak perempuan mengajaknya bermain ditepi pan tai. Atillia hilang seketika. Ketika Ratna bertemu Atillia yang terlena di dalam sampan, Atillia berkata yang dia mahu bertemu ibu mereka. Dalam perjalanan pulang, mereka bertembung dengan sekumpulan lelaki yang mengusung keranda ke tanah perkebururan. Seorang perempuan yang tidak dikenali menceritakan apa yang berlaku terhadap jenazah yang di usung itu. Ratna kini mengetahui segala-galanya. Itu adalah Ayu dan anak perempuannya, Ika!!!
0 comments
Post a Comment