| 0 comments ]

Cinta Yang Satu

Filem ini mengisahkan cinta tiga segi di antara Wira (Zul Huzaimy), Jamilah (Siti Ezad) dan Zulaikha (Sharifah Sofea).

Percintaan yang penuh dengan dilema ini tercetus apabila Wira dan Zulaikha terpisah kerana keinginan Zulaikha untuk meyambung pelajarannya ke luar negara. Walaupun menentang pada dasarnya, Wira terpaksa merelakan kehendak hati kekasihnya itu.

Dalam masa berjauhan, Wira tidak dapat mengekang hawa nafsunya maka diapun menjalin sebuah perhubungan dengan rakan lamanya dari sekolah, Jamilah yang juga merupakan seorang pelayan di tempat restoran kegemaran Wira.

Ironinya pula, Jamilah turut memendam perasaan terhadap Wira untuk sekian lamanya dan sanggup mengubah penampilannya daripada seorang gadis ayu kepada seorang yang agresif.

Antara pendekatan menunjukkan percubaan berani ini adalah tindakan Jamilah memotong rambutnya sendiri demi mengubah penampilannya untuk menarik perhatian Wira.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Jamilah untuk mendapatkan Wira dan akhirnya mereka bersatu jua. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Setelah kembali dari luar negara, Zulaikha dengan tidak sengaja menangkap Wira bersama-sama Jamilah di pejabatnya.

Dengan ugutan mahu memutuskan perikatan cinta selama lima tahun, Wira mengambil keputusan untuk bertunang bersama Zulaikha demi menunjukkan komitmennya terhadap Zulaikha.

Namun, Jamilah enggan menyerah kalah dan lantas berjumpa dengan Zulaikha beberapa hari sebelum pertunangan mereka.

Siapakah yang bakal memenangi hati Wira di dalam jerat percintaan ini?

Lakonan : Zulhuzaimy Marzuki, Siti Elizad Mohd Syarifudin, Syarifah Sofea Syed Hussien, Nabila Huda Suhaimi, Mohd Ezani Nazirif, Sheera Iskandar, Abon, Aida Razdwil, Harun Salim Bachik, Suhana Yahya, Rohani Yusoef, M. Rajoli, Joey, Enot, Zulfekar Ali, Acong (Sweetchild), Watie, Andrew Lomax, Aswadah Rosli, Ismail AHmad, Tengku Nurul, Lanny
Arahan : Zulkeflie M. Osman
Terbitan : Wan’s Production Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan : 12 Julai 2007

Download :
Format RealPlayer .RMVB : 289MB
| 1 | 2 | 3 | 4 | Password : wayangmalaysia

0 comments

Post a Comment