Sinopsis‘9 SEPTEMBER’, sebuah filem romantik komedi mengisahkan bagaimana Nia (Fasha Sandha) perempuan yang berperwatakan kasar dan ganas tetapi mempunyai wajah yang sangat comel ditingggalkan oleh kekasihnya. Sejak dari itu dia menyimpan dendam terhadap lelaki. Mangsanya adalah seorang lelaki bernama Kogi (Pierre Andre), Kogi adalah seorang lelaki yang baik dan jujur. Dia dilihat sebagai seorang yang sangat senang dibuli oleh Nia. Kali pertama mereka bertemu apabila Nia tersalah masuk ke rumah Kogi. Selepas itu banyak kebetulan mereka bertemu, walaupun Kogi selalu dibuli namun dia sentiasa menunjukan sikap seorang lelaki sejati. Dia dilihat seperti ‘malaikat’ yang menjaga Nia dalam keadaan apa jua sekali pun. Lama-kelaman mereka seperti hampir jatuh cinta sesama sendiri sehinggalah satu hari Andrian, kekasih Nia kembali kepangkuannya.
Tidak dapat dinafikan Nia sebenarnya masih mencintai kekasih lamanya. Namun kasih sayangnya kali ini tidak setebal dulu, Nia kadang kala memikirkan Kogi. Begitu juga Kogi yang sentiasa mengalah kepada Nia. Sehinggalah pada satu hari Nia terbang ke Tokyo mengikut kekasihnya ke sana selama satahun, setelah pulang ke Malaysia, Nia terus mencari Kogi, namun gagal. Apabila Nia menemui Kogi, sesuatu yang sangat mengejutkan telah berlaku dan sangat sukar diterima Nia. Kogi terus membawa diri ke satu pulau terpencil di mana dia dan Nia pernah terperangkap di sana. Nia terus mencari walaupun berita yang telah diterimanya itu sangat sukar ditelan. Apabila Nia mencari Kogi di pulau itu, peristiwa yang lebih mengejutkan telah berlaku. Peristiwa tersebut mengubah sepenuhnya kehidupan Nia. Sehingga Nia berkahwin dengan Andrian, Nia masih mencari Kogi. Apakah kesudahannya dan bersatukah Nia dan Kogi akhirnya? Segalanya hanya terjawab pada “9 SEPTEMBER”. Sebuah lagi kisah segar yang akan disingkap oleh Metrowealth Movies Production.
1 comments
moviemelayu.org
Post a Comment